Wednesday 8 August 2012

Allah Maha Kuasa... Makhluk Tiada Kuasa...

Allah Maha Kuasa...
Makhluk Tiada Kuasa... 
Kadangkala Allah bagi rezeki berlimpah ruah,
supaya orang itu makin jauh dari hidayahnya.
Adakalanya Allah bagi rezeki ala kadar,
supaya orang itu makin rapat dengan Allah,
makin dekat kepada Allah.
Jika orang itu dibiarkan leka,
mungkin dia akan lupakan Allah.
Jadi Allah 'pukul-pukul sayang' pada hambanya,
bagi dia lebih dekat keribaan Allah.
Ibarat si bapa tadi merotan anaknya kerana nakal main di tepi semak belukar.
Adakah si bapa pukul anaknya kerana benci ?
Tidak bukan ?
Bapa pukul anak,
kerana bimbangkan anaknya terlalu biasa bermain di kawasan berbahaya;
takut-takut digigit ular.
Begitulah manusia.
Tika susah dia ingat Allah,
bila senang sikit,
nampak gaya mahu lupakan Allah,
jadi Allah 'rotan' dia supaya ingat Allah balik.
BERTUAHNYA MANUSIA YANG DIROTAN OLEH ALLAH SUPAYA INGAT PADA-NYA.
Sebab ada manusia...
yang Allah tak pedulikan dia.
Allah biarkan dia kaya raya.
Malah Allah campakkan lagi rezeki-nya begitu sahaja tanpa ditahan-tahan.
Ibarat Donald Trump yang sudah kaya,makin kaya.
Ibarat Bill Gates yang sudah kaya,bertambah kaya.
Anda kenal siapa pencipta produk APPLE ? 
Apa kesudahannya ?

NAMUN ADAKAH PADA DIRI MEREKA...
TIADA LANGSUNG BERBEKAS KASIH SAYANG-NYA ?
Selagi Donald Trump masih hidup,
dia ada peluang dapat hidayah Allah.
Selagi Bill Gates hidup,
dia ada peluang masuk agama Allah.
INILAH BUKTI KASIH SAYANG ALLAH YANG MAHA LUAS.
Sebab belum tentu Elizabeth Wong tidak layak dapat hidayah Allah,
dan masuk agama Allah di kala Aishah Bukhari yang lahir dalam Islam,
boleh dicabut hidayah Allah dan menjadi murtad.
Tuan-tuan kenal siapa Lina JOy ?
Tau takpe...
Jadi bila-bila masa Allah boleh tarik hidayah,
boleh masukkan hidayah ke dalam hati-hati manusia.
Bila-bila masa orang yang lahirnya Islam boleh mati terbongkang dalam kekafiran,
dan bila-bila masa Allah boleh buat orang yang lahirnya kafir di depan berhala,
boleh tersenyum-senyum meninggal dunia dalam rahmat IMAN DAN ISLAM.

No comments:

Post a Comment