Monday 15 July 2013

CARA MEMASAK NASI HADRAMAUT


Assalammualaikum 

Bahan-Bahan Untuk Ayam Dan Nasi
10 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 kg beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn 
(bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,
dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato yg masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

Rempah 2 bhg - 1. utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
2.utk ditumis kemudian.
- buah pelaga, bay leaf,kulit kayu manis,cengkih,ketumbar(debu),lada hitam debu, 
jintan putih(debu). Sukatan utk masak seekor ayam, ni utk masukkan terus dalam
 air rebusan ayam iaitu 1/2 sb ketumbar(debu), 1/2 sb jintan putih(debu)dan 
1/2 sk lada hitam (boleh tambah kalau nak pedas), ni mama anggarkan utk lain2 rempah, 
anggaran 5 biji buah pelaga,beberapa helai bay leaf dan 3 btg kulit kayu manis dan 
5 kuntum bunga cengkih.utk tumis pula sukatan kena agak2 sbb tak dinyatakan.

1 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
2 sb serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik
1/3 liter minyak masak - guna minyak jagung

Gambar-gambar rempah


rempah yg digunakan ialah bay leaf, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, 
jintan putih (debu), ketumbar (debu), lada hitam serbuk .
Guna beras basmati utk masak nasi hadramaut. Sukatan 1 kg beras(sukat utk mudah 
tentukan airnya, dlm 5@5.4 cwn beras). Air 2 atau 1 1/2 cwn utk 1 cwn beras.

CARA - CARA MEMASAK AYAM DAN NASI


1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dgn beras 1 cwn beras 
    bersamaan 2 cwn   air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. 
    bila mendidih barulah dimasukkan  ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan 
   lagi sedap,  kalau masak utk sekeluarga sukatannya;   1 kg beras dgn 2 ekor ayam. )
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm ayam 
     utk masak 10 ekor ayam.

3.  Masukkan rempah2 ke dlm periuk
4. Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.
     Rebus ayam dalam 1/2 jam.
5.  Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.


6.  susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.


7. Masukkan rempah2 yg digunakan (sukatan rempah dlm gambar utk masak 5kg beras),
    1 labu bawang  besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dgn
     bahan2 yg dimasukkan   dlm air  rebusan ayam sebelum ni(langkah 3).


8. Kemudian barulah diisikan 1/3 liter minyak masak dan goreng rempah sampai bawang 
     kekuningan.Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam tadi.


9. Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.
     masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih.

11. Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan 1/3 sb serbuk za'afaran...tak perlu byk, sukatan ni utk seperiuk besar. 
       kalau buat sikit kena agakkan sukatannya.
13. masukkan pula sedikit mellah farolah/pewarna merah.


14. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api,
       nasi dimasak dg api  sederhana sahaja sampai hampir masak.Bila nasi hampir kering. 
       kacau sekali lagi nasi.


15. Campurkan secawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur 
       perwarna kuning  ke atas nasi


16. pewarna diletakkan bersilang secara X atas nasi.biarkan seketika.
       tak perlu tutup tudung periuk.


17. kemudian baru dikacau rata nasi
18. Nasi diratakan .biarkan sekejap.


19. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.
       walaupun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya.


20.  nasi siap terhidang

Cara-Cara Memasak Ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. 
     panaskan oven/grill api atas - suhu kena agak sbb tak dinyatakan.

    
2. Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah.Lumurkan juga bhg   
    bawah,keseluruhannya.


3. Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap 
    sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.

5. Ayam bakar hadramaut siap utk dihidangkan

Cara Untuk Menyediakan Sos Salatah dan Zabadi


Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan 
sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.


salatoh siap terhidang


zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.
dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

semua dah siap masak...bolehlah menjamu selera.....

sumber dari : http://dapur-mamasya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment