Wednesday 17 July 2013

Siapa Dr.Muhammad Morsi

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau 
    hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara
   dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke 
   rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya 
   sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin 
   yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka
   ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu 
    bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).


4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya 
    adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. 
    Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti
    sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan
    negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden 
    Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa 
   dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam 
   mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari 
    solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca 
    Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk
    membezakan beliau dengan rakyat.

7. Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan
    urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun
    pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan 
urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara
Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara 
kesuluruhannya dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T 
membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara
 islam yang lain juga,insyaAllah .

Sumber : Facebook Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus
Sumber dari: http://www.jomkenalislam.my

No comments:

Post a Comment