Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan,
alah kalau buat jahat boleh bertaubat, bukankah Allah Maha Pengampun..
Hidup bila tak tenteram atau bala turun, musibah yang menimpa semuanya
berpunca dari diri sendiri. Hubungan kita dengan Allah? Dengan ibu bapa?
Dengan ibu bapa mertua? Dengan suami atau isteri? Dengan anak2?
Dengan jiran tetangga? Mesti ada cacat cela di mana2, kena MUHASABAH DIRI
dan buat pembetulan di mana perlu.
”HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA
“Pastikan hubungan dengan Ibu Bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang untuk bersama kita.
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh
utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati.
Apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya
kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak
ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan
baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal,
minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi
jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita..
”USAH DERHAKA KEPADA MENTUA.
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.
Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti
ibu bapa kandung,” jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah,
kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua
dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan
ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah,
kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain
Allah adalah emak dan ayahnya.
“Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari,
Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah
isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan
Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya
suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik,
sterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan.
Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol
kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang
berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya
masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada
yang lain.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment