Tuesday 16 July 2013

CARA MEMASAK NASI ARAB MANDHI

Cara Penyediaan Air Rebusan Ayam (Stok Ayam) (untuk memasak nasi)




Bahan - Bahan
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.



Cara Penyediaan Ayam Panggang



Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:
Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Cara Penyediaan Nasi 



Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


Cara Penyediaan Sos Salata:



Bahan-bahan:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.

Cara membuat:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.

HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

4 comments:

  1. melelh air liur tengok..saya masak jugak tapi tak la mampu nak masak cam resepi ni , tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

    ReplyDelete
  2. assalam,

    saya mohon share resepi. saya sertakan kredit ke link blogspot tuan boleh?

    ReplyDelete