Assalamuallaikum WBT.
ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MEMELIHARA DAN
MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.
Semoga kita semua terus menjadi hamba yang sentiasa dan berterusan
bersyukur kepada YANG MAHA ESA.Artikel kali ini saya ingin berkongsi
sedikit sebanyak mengenai sistem politik di Malaysia atau dulunya dikenali
sebagai Tanah Melayu dan Malaya.
baik sekalian?Tupperware atau Doraemon?
Pernah seorang hamba ALLAH pergi menunaikan haji di Kota Mekah mengambil
kesempatan bertanya kepada seorang ulamak Mekah :
''Wahai sheikh,saya datang dari Tanah Melayu dan di negara saya ada buat
pilihan raya.Di dalam pilihan raya tersebut ada parti Islam,parti kebangsaan,parti sosialis
dan parti komunis,yang mana patut kami pilih atau beri undi?''
Maka jawab ulamak ini,''jika ada satu sahaja parti Islam maka itulah yang wajib
kita sokong.''
Tambahan (Persoalan)
1.Bagaimana pula dengan orang yang tidak menyokong mana-mana parti,sedangkan
di sana ada parti Islam dan parti yang menentang Islam?
Jawab ulamak tersebut,''orang itu adalah
belut separuh dan ular separuh''.
Belut boleh makan dan ular tak boleh dimakan.
Jadi orang panggil natang/binatang pelik.
2.Bagaimana pula jika naiknya parti yang
menentang Islam?
Jawapannya,jika disebabkan oleh kita yang tidak
memberi undi dan naiknya parti sekular atau
penentang Islam ini,maka kita juga perlu
bertanggungjawab di hadapan ALLAH YANG MAHA ADIL.
3.Bagaimana pula jika negara tersebut semuanya parti Islam dan menegakkan hukum ALLAH?
Jawapannya,tiada masalah jika kita tidak keluar rumah dan mengundi mana-mana parti.
Tetapi di dalam negara kita adakah seperti ini keadaannya?
Rumusan :
- Parti mana yang perlu kita pilih sudah ada di dalam minda anda.
- Hudud atau hukum ALLAH adalah wajib dilaksanakan ke atas semua umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda,
Maka apa yang telah sampai kepada ku dari hukuman hudud,sesungguhnya - ia menjadi wajib.
- Hukum YANG MAHA ADIL bukannya kejam,tetapi pemerintah yang tidak
- melaksanakannya itu kurang kecerdikan.
- Mengundi adalah wajib selagi negara kita masih belum dalam pemerintahan
- hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
- Berjuang atas dasar agama ISLAM dan bukannya atas dasar ingin meningkatkan
- nama gerakan atau politik.
- Teruskan perjuangan ISLAM walau apa sekalipun orang kata,Rasulullah SAW
- sampai pernah dilempar najis,kita tak sampai tahap sebegitu lagi.
- Yang menentang hukum ISLAM dalam negara kita bukannya orang kafir tetapi
- saudara kita sendiri.
Semoga maklumat di atas sedikit sebanyak dapat membantu kita semua - dalam mencari kebenaran dalam menegakkan hukum ISLAM.
Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Semoga ALLAH terus - meningkatkan ilmu di dalam dada kita semua.Wallahualam.
Assalamuallaikum WBT.