Sebelum ini, bila diperkatakan ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan Malaysia untuk mengundi dalam pilihanraya di negara ini, kerajaan menafikan. Biar pun ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan begitu ramai warga asing kini telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja bebas ke sana sini, malahan juga mengundi pada setiap kali pilihanraya. Apa yang memusykilkan kita, warga asing itu bukanlah golongan profesional yang kepakarannya amat diperlukan. Mereka hanyalah buruh binaan, pekerja ladang dan lain-lain bidang yang tidak sewajarnya diberikan taraf kerakyatan. Namun, itulah realitinya yang berlaku di negara kita skarang ini. Beeratus ribu malah berjuta warga asing kini begitu bebas masuk dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia jika mereka sanggup menjalankan tugas-tugas tertentu. Senario ini tidak perlu dinafikan lagi, kerana dimana-mana ia ada dan semakin sukar untuk dibendung. Biar pun kerajaan menjalankan Program 6P untuk membuat pendaftaran Pekerja Asing Tanpa Izin(PATI) secara lebih bersistematik. Namun, apa yang membimbangkan kita kenapa sampai berjuta warga asing boleh masuk ke Malaysia?. Maka pergi anggota keselamatan negara termasuk polis merin, imigresen dan sebagainya?. Mereka ternyata gagal bertindak untuk mengawal keselamatan negara daripada ancaman luar. Bayangkan jika yang masuk itu adalah pengganas?. Bukankah ia akan memudaratkan negara kita?. ApakahJabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen sedar perkara ini?. Kenapa mereka tidak bertindak dan membiarkan semua ini terus terjadi?.
PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Kerakyatan
Kenyataan PM Bangladesh sendiri tentang isu panas ini, Sila KLIK bukti
[Jika inilah fenomena yang berlaku, maka sia-sia sahaja kita merayakan Hari Kemerdekaaan dan Hari Malaysia pada hari ini. Kerana sudah pasti satu hari nanti, warga asing pula akan merampas dan menjajah negara ini secara berhemah atas lesen yang diberikan oleh pemerintah sekarang. Inilah yang berlaku sekarang, begitu ramai warga asing lain dari Mynamar, Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sebagainya mula menjadi "tuan di bumi berdaulat" ini. Pada awalnya hanya beberapa orang yang datang dan mendapat kerakyatan. Kini, sunggih menakjubkan bila beribu-ribu rakyat asing terbabit datang ke Malaysia tanpa ada rasa takut, gentar dan risau. Mereka seolah-lah mendapat restu agar menutup kampung di negara masing-masing dan datang ke sini untuk bermastautin sehingga ke akhir hayat. Maka itulah, kita tidak hairan banyak kampung-kampung baru yang wujud, sedangkan selama ini kawasan itu tidak berpenghuni. Semuanya kerana tindakan pihak tertentu membawa masuk warga asing, diberi kerakyatan dan akhirnya mengundi pada setiap kali musim pilihanraya. Apakah kita sebagai rakyat berdaulat ini mahi mendiamkan diri melihat semua yang berlaku. Maka itu, marilah kita berganding bahu melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti negara ini akan terus dijajah lagi dalam keadaan yang tidak kita sedari].