Thursday 13 September 2012

Panas: Sah, Perdana Menteri Bangladesh Sendiri Mengakui Rakyatnya 'Mendapat Kerakyatan' Dan Boleh Mengundi Dalam Pilihanraya Di Malaysia !!

Sebelum ini, bila diperkatakan ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan Malaysia untuk mengundi dalam pilihanraya di negara ini, kerajaan menafikan. Biar pun ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan begitu ramai warga asing kini telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja bebas ke sana sini, malahan juga mengundi pada setiap kali pilihanraya. Apa yang memusykilkan kita, warga asing itu bukanlah golongan profesional yang kepakarannya amat diperlukan. Mereka hanyalah buruh binaan, pekerja ladang dan lain-lain bidang yang tidak sewajarnya diberikan taraf kerakyatan. Namun, itulah realitinya yang berlaku di negara kita skarang ini. Beeratus ribu malah berjuta warga asing kini begitu bebas masuk dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia jika mereka sanggup menjalankan tugas-tugas tertentu. Senario ini tidak perlu dinafikan lagi, kerana dimana-mana ia ada dan semakin sukar untuk dibendung. Biar pun kerajaan menjalankan Program 6P untuk membuat pendaftaran Pekerja Asing Tanpa Izin(PATI) secara lebih bersistematik. Namun, apa yang membimbangkan kita kenapa sampai berjuta warga asing boleh masuk ke Malaysia?. Maka pergi anggota keselamatan negara termasuk polis merin, imigresen dan sebagainya?. Mereka ternyata gagal bertindak untuk mengawal keselamatan negara daripada ancaman luar. Bayangkan jika yang masuk itu adalah pengganas?. Bukankah ia akan memudaratkan negara kita?. ApakahJabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen sedar perkara ini?. Kenapa mereka tidak bertindak dan membiarkan semua ini terus terjadi?.

PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Kerakyatan 

Persoalannya sekarang, kenapa negara kita begitu mudah dicerobohi?. Malah ada juga pendedahan yang mengatakan begitu ramai dikalangan warga asing itu sudah mendapat MyKad dan berdaftar sebagai pengundi di negara ini. Mahu dinafikan ia nampak mudah, namun realitinya ia memang berlaku. Terbaru, kita digemparkan dengan pendedahan oleh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina (foto)memberitahu bahawa dia telah datang ke negara ini semasa lawatan enam hari ke Korea Selatan dan Malaysia tahun lepas. Hasina tiba di Malaysia pada 18 Mei untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur, pada hari berikutnya di mana dia menyampaikan ucapan khas. Semasa di sini, beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara isu yang diperbincangkan termasuklah masalah pekerja Bangladesh di negara ini. Dalam perbincangan itu dia juga menerima pengesahan dari beberapa rakyat negaranya yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia. Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi akan datang pilihan raya umum Malaysia. Persoalannya kenapa pekerja Bangladesh dengan mudah diberikan kewarganegaraan Malaysia?. Malah kenapa ada syarat supaya mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa. Sheikh Hasina dalam pada itu juga menggesa rakyatnya mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara selaras dengan inisiatif dan kerajaan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas.


Kenyataan PM Bangladesh sendiri tentang isu panas ini, Sila KLIK bukti

[Jika inilah fenomena yang berlaku, maka sia-sia sahaja kita merayakan Hari Kemerdekaaan dan Hari Malaysia pada hari ini. Kerana sudah pasti satu hari nanti, warga asing pula akan merampas dan menjajah negara ini secara berhemah atas lesen yang diberikan oleh pemerintah sekarang. Inilah yang berlaku sekarang, begitu ramai warga asing lain dari Mynamar, Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sebagainya mula menjadi "tuan di bumi berdaulat" ini. Pada awalnya hanya beberapa orang yang datang dan mendapat kerakyatan. Kini, sunggih menakjubkan bila beribu-ribu rakyat asing terbabit datang ke Malaysia tanpa ada rasa takut, gentar dan risau. Mereka seolah-lah mendapat restu agar menutup kampung di negara masing-masing dan datang ke sini untuk bermastautin sehingga ke akhir hayat. Maka itulah, kita tidak hairan banyak kampung-kampung baru yang wujud, sedangkan selama ini kawasan itu tidak berpenghuni. Semuanya kerana tindakan pihak tertentu membawa masuk warga asing, diberi kerakyatan dan akhirnya mengundi pada setiap kali musim pilihanraya. Apakah kita sebagai rakyat berdaulat ini mahi mendiamkan diri melihat semua yang berlaku. Maka itu, marilah kita berganding bahu melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti negara ini akan terus dijajah lagi dalam keadaan yang tidak kita sedari].