Wednesday 29 August 2012

Nilai agama dalam diri anak ....

Tuan Puan yang dikasihi,
Kalau ada anak-anak perempuan kita yang dah berumur 10 tahun , tapi masih lagi tidak tutup aurat dengan sempurna di hadapan ajnabi, dan kita pula macan tak rasa bersalah membiarkannya begitu dengan alasan ” Alah, masih sekolah rendah, budak lagi..besar nanti pandai la dia...” ,sebenarnya kita sedang merosakkan nilai agama dalam diri anak kita tanpa kita sedar...

MOHON DISEBARKAN SEKIRANYA BERMANFAAT UNUTK MASLAHAH UMMAH ..

Monday 27 August 2012

Keajaiban di Palestin....SubhanAllah


Kisah-kisah keajaiban yang berlaku di negara saudara sesama Islam kita iaitu di Gaza.Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).

Friday 17 August 2012

JUBAH UNTUK IBU.

      

  "Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?",  marah ibu.   Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.
"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak   dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

 Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus   membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.  Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.  "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.  Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan  hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!?

Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah  Along menjerit kesakitan.  "Sakit bu.sakit..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi..Bu,  jangan pukul bu.sakit bu."
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.  "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi.  Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu.ampunkan Along bu.bukan Along yang mulakan.bukan Along..bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara  yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.  Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi  kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan.  Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua  itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.  Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat  mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di  wajah tua itu. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti  hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada  walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka.

 Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak  acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.  Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu  di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik  perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah  ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil  memerhatikan mereka.

  " Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?"  Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan  yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu  yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak  bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan  mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu  boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah  Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik  atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along  menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak   kesayangan ibu nak balik rupanya.' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah  dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak  dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tesenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk  banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,  ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih.  Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan  hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya  sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui  kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.  Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa  yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di  sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang  perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.  

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung  bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni..' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia  membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La.kau ke, apa  kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat  sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok  baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa.bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk  kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz  meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit  sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya    sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit."

  Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia  tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi  silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?",
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along  menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang  semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,  aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!",  pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.  Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.  Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.  Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar   sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan    lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang  ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah  dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah  ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada  menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar   ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along  hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka  selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan  Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih  memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau.  Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua  tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along  mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata  adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia  mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada  menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak  keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.   Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan   cuti sekolah selama seminggu bermula esok.

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa  dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.  Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.     Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

 Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa  agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu  terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.  Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat  hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya  menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka  menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?"
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut  tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.  Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba  menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.  Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan  mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak.ataupun impian ker.?"  Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi  apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku.atau.." Along menggeleng-gelengka n kepala.  "semua tak.Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli   ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak     serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe.  Sebenarnya..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan.saya..saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas    didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.   Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum  pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.  Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.  Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah .terima kasih banyak kerana jaga  saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu  bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.    Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini  menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,   saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.     Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.    Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik   abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya   dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.   
 
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa    berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari    rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.  Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si   Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu..lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along  dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak  nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni..." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu."  Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!",  pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem.tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin   tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih   sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat    mak kau bila?" "Hari ni la." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu  depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak   marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun.   Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.  Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.    

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan   terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan     mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya,  Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang   tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya   berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang  berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya.   Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari  kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih  digenggamannya itu. "Ha..hadiah..untuk. .ibu..." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat   dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat    ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang    menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.  Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan  bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna   merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.   'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.  Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah  maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.  Selamat hari lahir ibu. dan terimalah hadiah ini...UNTUKMU IBU!'  Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang  dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih  dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.  Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya  selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat  lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan . dia jugak cakap, ibunya  seorang perempuan gila." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia  merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.   "Sebab...dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak   mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang.walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan   ke hospital sakit jiwa semula.." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat   menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang  selama ini dianggap derhaka.

    UNTUK IBU YANG SANGAT DIKASIHI..

    AMPUN KAN ANAK MU.

    IZINKAN ANAKMU PERGI DULU. 

10 Wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah Binti Rasulullah


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

Thursday 16 August 2012

Jerarld F. Dirks, Bekas Paderi Yang Menemui Keindahan Di Dalam Islam



Jerald F. Dirks

Jerald F. Dirks , ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan Jerald terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah bangunan Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari rumahnya. Bunyi lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi tanda bagi seluruh anggota keluarganya agar segera menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di gereja.

Tidak hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak menghairankan Jerald mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak gereja sejak dari beliau kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran khusus selama dua minggu yang diadakan oleh pihak gereja setiap bulan Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.

''Saya mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain upacara keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung minggu,'' kata muallaf kelahiran Kansas pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang belajar pengajian ini, Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah sekalipun dia tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau sering mendapatkan penghargaan.



Penglibatan Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus diadakan untuk anak muda seusianya.

Khutbah yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di tempat lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah di gereja. Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.

Ketika melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas perbandingan agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith untuk dua semester. Di dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald mengambil bidang khusus dalam mempelajari dan mengkaji agama Islam.

Wilfred Cantwell Smith


Sebenarnya Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan sama sekali.

Tetapi untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan untuk membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau mula membaca pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang sebahagian besar pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau juga membaca dua Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi yang berbeza.

Pihak Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas kajiannya. Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan Teologi Universiti Harvard.

Untuk mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja sebagai seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara Uncle Sam tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .

Setelah lulus dari Harvard College pada tahun 1971, Jerald terus menyambung pelajarannya di Harvard Divinity School. Beliau mengambil jurusan teologi dan dibiayai oleh Gereja Metodis Amerika. Selama beliau disana dalam mempelajari bidang teologi, Jerald juga mengikuti program perintis di Hospital Peter Bent Brigham di Boston.

Harvard Divinity School


Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity School pada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.

Aktivitinya sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja. Beliau mula bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya, seperti sekolah, pejabat, dan lain-lain.

Meninggalkan Aktiviti Gereja

Pelbagai usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan bagaimana turunnya moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah kehidupann beragama. Bahkan keadaan sama juga terjadi di dalam lingkungan gereja.

''Dua dari sepuluh pasangan di Amerika selalu berakhir dengan perceraian, masalah sosial di sekolah dan di jalanan semakin meningkat, tidak ada lagi rasa tanggungjawab dan disiplin di kalangan anak muda. Malah yang lebih mengejutkan ada diantara paderi Kristian yang terlibat di dalam skandal seks dan kewangan. Masyarakat Amerika sedang menuju kepada kehancuran moral,'' paparnya.

Melihat kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak lagi menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah. Beliau mula beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan oleh isterinya. Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau dan isterinya mempunyai banyak hubungan dengan warga Amerika berketurunan Muslim Arab. Salah satunya adalah dengan Jamal.

Babak Pergaulan Dengan Arab Muslim

Pertemuan Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada tahun 1991. Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon, kemudian berterusan sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada kunjungan kali pertama ini, Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan isterinya amat berterima kasih di atas pertolongan Jamal.

Ketika waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan meminjam surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang diminta oleh Jamal itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya beliau melihat gerakan solat di dalam agama Islam.

Jamal dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald sebenarnya terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu beliau. 


''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.

Dari perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak pengetahuan baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui solat yang dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang diperlihatkan oleh Jamal dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta cara Jamal berkomunikasi dengan kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang dilakukan oleh isterinya telah menjadi contoh bagi isteriku.'' tambah Jerald.

Dari Jamal, beliau dapat mengetahui tentang sejarah Arab dan peradaban Islam, kisah-kisah dan perilaku Nabi Muhammad, serta ayat-ayat Al-Quran dan makna yang terkandung di dalamnya. Setidaknya Jerald meluangkan lebih kurang 30 minit setiap kali Jmal datang ke rumahnya untuk berbincang mengenai Islam. Dari situ Jerald mengakui dirinya mulai mengenali apa itu Islam.

Contoh yang baik membuatkan ramai tertarik dengan islam


Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.

Pada Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang penganut Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan komuniti masyarakat Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang menurutnya menyanjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, serta menunjukkan sikap saling menghargai pasangan hidup masing-masing, anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya. Keadaan ini hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.

Kejadian Yang Tak Diduga

Untuk menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih mendalam tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam perjalanannya mempelajari Al-Quran, Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata hati kecilnya yang selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian yang dianutinya.

Walaupun demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk Islam. Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya sebagai seorang Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar kepada identiti baru sebagai seorang muslim.

Walaupun begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama isterinya pada awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan menikmati makanan di sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran, Mahmoud sedang membaca Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa berkata-kata, Mahmoud melontarkan senyum ke arah Jerald.

Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud, Iman, iaitu seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil membawa makanan yang telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald bahawa buku yang dibaca oleh suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti itu, Iman juga bertanya adakah Jerald seorang muslim sama seperti dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu perkatan: Tidak.

Namun ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari Jerald meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut untuk menjawab pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada saya adakah saya percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya adalah ya. Jika anda bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah salah satu utusan Tuhan, maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar jawapan tersebut, Iman hanya berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan masa yang lama untuk mebina kepercayaan yang benar-benar kuat.''

Ikut Berpuasa Dan Solat

Ketika memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya Jerald dan isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di sekitarnya. Pada bulan Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut melaksanakan solat lima waktu bersama-sama dengan temannya yang Muslim dan kenalan barunya yang berasal dari Timur Tengah.


Kunjungan ke Amman memberikan sejuta makna kepada Jerald


Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.

Ketika Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag lelaki tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan adakah Jerald seorang Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu membuatnya kaku. Jerald juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada orang tua tersebut bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim. Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai berbahasa Arab.

Mengikrarkan Keislaman

Ketika itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk diungkapkan. Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang bermaksud ya atau berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang mampu menentukan pilihan tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.

Setelah berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab dengan perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan dirinya telah memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada isterinya.

Selepas kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan seorang paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik terhadap ajaran Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi paderi Metodis dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kini hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah keserata dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan antara Islam dan Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program Islam di kaca-kaca televisyen.

Salah satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam".

Dr. Dirks is a former minister (deacon) of the United Methodist Church and revert to Islam.

He holds a Master's degree in Divinity from Harvard University and a Doctorate in Psychology from the University of Denver.

Author of "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam" (2001), and "Abraham: The Friend of God" (2002).

He has published over 60 articles in the field of clinical psychology, and over 150 articles on Arabian horses.

A Talk By Dr Jerald Dirks



Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Panggilan Sedih Penghuni Kubur


Di dalam kitabnya Lubb al-Lubab Ar-Rawandi mengatakan:
Dalam suatu riwayat dikatakan bahwa orang-orang yang telah meninggal, mereka datang setiap Jumaat pada bulan Ramadhan. Mereka berdiri dan masing-masing mereka memanggil dengan suara sedih dan menangis:
“Wahai keluargaku, wahai anak-anakku, wahai kerabatku, sayangi aku dengan sesuatu semoga Allah menyangimu. Ingatlah kami, jangan lupakan kami dengan doa. Sayangi kami dan keterasingan kami. Kami telah diabadikan di penjara yang sempit, kesedihan dan penderitaan yang lama masanya. Maka sayangi kami, jangan bakhil kepada kami dengan doa dan sedekah untuk kami. Semoga Allah menyayangi kita sebelum kalian seperti kami.Alangkah sedihnya kami! Kami sebenarnya mampu sebagaimana kalian mampu.
Wahai hamba-hamba Allah, dengarlah bicara kami, jangan lupakan kami, kerana kalian pasti akan mengetahui dan merasakan besok. Infakkan apa yang kalian miliki. Dahulu kami juga miliki, tetapi kami tidak menginfakkan di jalan ketaatan kepada Allah, kami menahannya di jalan kebenaran, sehingga kurnia itu menjadi malapetaka bagi kami dan bermanfaat bagi orang lain. Sayangi kami walaupun dengan satu dirham, sepotong roti atau segelas minuman.”
Kemudian mereka memanggil: “Cepatlah kalian menangisi diri kalian, menangisi segala yang tidak bermanfaat bagi kalian sebagaimana kami menangisi diri kami dan segala yang tidak bermanfaat bagi kami. Bersungguh-sungguhlah kalian sebelum kalian seperti kami.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: 162, bab 39, hadis ke 697)

SENARAI HARGA BARANG KAWALAN SEMPERNA AIDILFITRI 2012

 

1. Ayam hidup (RM5.70)

2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)

3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

4. Daging lembu tempatan (RM22.00)

5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)

6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)

7. Daging kerbau import India (RM13.50).

8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)

9. Telur gred B (RM0.34 sen)

10. Telur gred C (RM0.33 sen)

11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)

12. Cili merah (RM10.00)

13. Tomato (RM4.50).

14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)

15. Kacang tanah import (RM6.50)

16. Bawang merah kecil India (RM5.00)

17. Bawang besar import (RM2.50)

18. Bawang putih China (RM7.50)

19. Ubi kentang import China (RM3.00)

20. Ikan kembung (RM12.00)

Friday 10 August 2012

Bersedekah dan Berdoalah untuk Ahli Kubur..


Dalam kitab Jami’ul Akhbar disebutkan, sebagian sahabat berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Berikan hadiah untuk keluargamu yang telah meninggal.” Kami bertanya: Ya Rasulallah, apa hadiah untuk orang-orang yang telah meninggal? Rasulullah saw menjawab: “Sedekah dan doa.” Selanjutnya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap hari Jum’at arwah orang-orang yang beriman datang ke langit dunia vertikal dengan rumah mereka. Masing-masing mereka memanggil dengan suara yang sedih sambil menangis: Wahai keluargaku, wahai anak-anakku, wahai ayahku, wahai ibuku, wahai keluargaku, sayangi kami semoga Allah menyayangi kalian dengan apa yang telah dihadiahkan kepada kami. Celakalah kami, hisab (perhitungan) dibebankan pada kami, sementara yang memanfaatkan orang lain.
Mereka memanggil keluarganya: “Sayangi kami walaupun dengan satu dirham, atau sepotong roti atau sehelai pakaian. Semoga Allah memberi pakaian dari pakaian surga.”
Kemudian Nabi saw menangis, dan kami pun ikut menangis bersama Nabi saw, sehingga Nabi tidak mampu bercakap kerana banyaknya menangis. Kemudian beliau bersabda:
“Mereka adalah saudara-saudara kalian dalam agama. Mereka telah dihancurkan oleh tanah sesudah mereka memperoleh kebahagiaan dan kenikmatan di dunia. Mereka memanggil dengan kata-kata celaka dan penyelasan atas diri mereka. Mereka berkata: Celakalah kami, sekiranya apa yang kami miliki kami infakkan dalam ketaatan dan keredhaan Allah, nescaya kami tidak menyusahkan kalian. Kemudian mereka kembali dengan sedih dan menyesal. Kerana itu, segeralah kamu bersedekah untuk keluarga kalian yang telah meninggal.”
(Jami’ul Akhbar: 169)
Dalam hadis yang lain disebutkan:
“Tidaklah kamu bersedekah untuk orang yang telah meninggal, kecuali malaikat  mengambilnya di puncak cahaya yang sinarnya memancar sampai ke tujuh langit, kemudian ia berdiri di tepi liang kuburnya seraya memanggil: Assalamu’alaikum wahai penghuni kubur, keluargamu memberikan hadiah ini untukmu, lalu penghuni kubur itu mengambilnya dan membawanya ke kuburnya, sehingga menjadi luaslah tempat pembaringannya.” Kemudian Imam (sa) berkata: “Ingatlah, barangsiapa yang menyayangi orang yang telah meninggal dengan sedekah, ia memiliki pahala di sisi Allah sama dengan pahala orang yang berperang di perang uhud; dan pada hari kiamat nanti ia akan mendapat naungan arasy Allah, hari tidak ada naungan kecuali naungan arasy. Dengan sedekah orang yang hidup, yang meninggal dapat diselamatkan.” (Jami’ul Akhbar: 169)
Dalam kitabnya Zadul Ma’ad Allamah Al-Majlisi berkata: Hendaknya yang hidup tidak melupakan orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sangat terbatas untuk memperoleh amal yang baik. Mereka mengharap dan mengintip kebaikan dari anak-anaknya, kerabat, dan saudara-saudaranya yang beriman. Khususnya doa-doa mereka dalam solat-soat malam mereka, sesudah solat-solat fardhu, dan doa-doa mereka di kuburan-kuburan suci. Hendaknya seorang anak mendoakan ayah dan ibunya lebih banyak daripada terhadap orang lain, dan beramal kebajikan untuk mereka.
Dalam suatu hadis dikatakan: “Sungguh ada seorang hamba yang tercatat sebagai anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya ketika mereka masih hidup, kemudian keduanya meninggal, tetapi ia tidak melaksanakan apa yang mereka tinggalkan dalam agamanya dan tidak memohonkan ampunan untuk mereka, maka Allah azza wa jalla mencatatnya sebagai anak yang durhaka. Ada juga seorang hamba yang tercatat sebagai anak yang durhaka kepada kedua orang tuanya dan tidak berbakti kepada mereka ketika mereka masih hidup, tetapi setelah mereka meninggal ia melaksanakan apa yang mereka ditinggalkan dalam agamanya, dan memohonkan ampunan untuk mereka, maka Allah azza wa jalla mencatatnya sebagai anak yang berbakti.” (Al-Kafi 2: 163, hadis ke 21)
Di antara kebaikan yang terpenting bagi kedua orang tua dan seluruh kerabat yang telah meninggal adalah menunaikan perintah agama yang mereka tinggalkan saat hidupnya, melepaskan mereka dari hak-hak Allah dan mahluk-Nya, mengqadha’ apa yang mereka tinggalkan, haji dan seluruh ibadahnya, dengan cara membayar atau bersedekah.
Dalam riwayat yang shahih dikatakan bahwa Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) melakukan shalat untuk anak-anaknya setiap malam dua rakaat, dan untuk kedua orang tuanya setiap hari dua rakaat; pada rakaat yang pertama setelah Fatihah membaca surat Al-Qadar, dan rakaat kedua surat Al-Kautsat. (Al-Bihar 82: 63)
Umar bin Yazid berkata bahwa Imam Ja’far Ash-Shadiq (as) melakukan shalat untuk puteranya setiap malam dua rakaat, dan untuk orang tuanya setiap siang hari dua rakaat.” Kemudian aku bertanya kepadanya: Mengapa shalat untuk anak dilakukan di malam hari? Beliau menjawab: Karena permadani untuk anakku. (At-Tahdzib 1: 467, hadis ke 178)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Sesungguhnya seorang mayat yang berada dalam himpitan kubur, kemudian Allah meluaskan kuburnya dan memberikan kurnia kepadanya. Lalu dikatakan kepadanya: Kamu diringankan dari himpitan kubur kerana solat Fulan saudaramu untukmu. Kemudian ditanyakan kepada Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa): Bolehkah solat dua rakaat itu untuk dua orang? Beliau menjawab: Boleh.
Selanjutnya beliau berkata: “Sesungguhnya seorang mayyit, ia merasakan bahagia akibat kasih sayang yang dihadiahkan kepadanya dan permohonan ampunan untuknya, sebagaimana orang yang hidup bahagia dengan hadiah yang diberikan kepadanya. (Al-Faqih 1: 117, hadis ke 554)
Rasulullah saw bersabda:
يدخل على الميت في قبره الصلاة والصوم والحجّ والصدقة والبر والدعاء ويكتب أجره للذي يفعله وللميت
“Masuklah pada mayyit di kuburnya shalat, puasa, haji, sedekah, kebajikan, dan doa; dan pahalanya dicatat untuk orang yang melakukan dan juga untuk mayyit. (A-Faqih 1: 117, hadis ke 557)
Rasulullah saw juga bersabda:
مَنْ عمل مِنَ المسلمين عن ميت عملا صالحاً اضعف له أجره ونفع الله به الميت
“Barangsiapa dari kalangan muslimin yang melakukan amal soleh untuk orang yang telah meninggal, Allah melipatgandakan pahala baginya dan dengannya memberi manfaat pada orang yang telah meninggal.” (Al-Faqih 1: 117, hadis ke 556)
Dalam suatu riwayat dikatakan: Jika seseorang bersedekah dengan diniatkan untuk orang yang telah meninggal, Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril agar datang membawa seribu malaikat ke kuburnya, dan masing-masing malaikat membawa tempat makanan dan berkata: “Salam atasmu wahai kekasih Allah, ini hadiah dari Fulan bin Fulan untukmu.”
“Kemudian bercahayalah kuburnya, dan Allah memberikan kepadanya seribu kota di surga, mengawinkannya dengan seribu bidadari, memberinya seribu pakaian yang baru, dan menunaikan baginya seribu keinginan.” (Al-Bihar 82: 63, hadis ke 7)

Penghuni Kubur memanggil dalam kesedihan...


Di dalam kitabnya Lubb al-Lubab Ar-Rawandi mengatakan:
Dalam suatu riwayat dikatakan bahwa orang-orang yang telah meninggal, mereka datang setiap Jumaat pada bulan Ramadhan. Mereka berdiri dan masing-masing mereka memanggil dengan suara sedih dan menangis:
“Wahai keluargaku, wahai anak-anakku, wahai kerabatku, sayangi aku dengan sesuatu semoga Allah menyangimu. Ingatlah kami, jangan lupakan kami dengan doa. Sayangi kami dan keterasingan kami. Kami telah diabadikan di penjara yang sempit, kesedihan dan penderitaan yang lama masanya. Maka sayangi kami, jangan bakhil kepada kami dengan doa dan sedekah untuk kami. Semoga Allah menyayangi kita sebelum kalian seperti kami.Alangkah sedihnya kami! Kami sebenarnya mampu sebagaimana kalian mampu.
Wahai hamba-hamba Allah, dengarlah bicara kami, jangan lupakan kami, kerana kalian pasti akan mengetahui dan merasakan besok. Infakkan apa yang kalian miliki. Dahulu kami juga miliki, tetapi kami tidak menginfakkan di jalan ketaatan kepada Allah, kami menahannya di jalan kebenaran, sehingga kurnia itu menjadi malapetaka bagi kami dan bermanfaat bagi orang lain. Sayangi kami walaupun dengan satu dirham, sepotong roti atau segelas minuman.”

Kemudian mereka memanggil: “Cepatlah kalian menangisi diri kalian, menangisi segala yang tidak bermanfaat bagi kalian sebagaimana kami menangisi diri kami dan segala yang tidak bermanfaat bagi kami. Bersungguh-sungguhlah kalian sebelum kalian seperti kami.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: 162, bab 39, hadis ke 697)

Wednesday 8 August 2012

Ya Allah...!!!

Ya Allah..!!!
Engkau bagi aku makan ya Allah di bulan mulia ini...
Engkau bagi aku rezeki ya Allah di bulan mulia ini.....
Engkau sayangkan hambamu ini ya Allah bulan yang hadirnya khasiat 1000 malam....
Tetapi hambamu ini balas dengan maksiat.... 
hamba mu ini balas pemberianMu dengan kufur nikmat..... 
...selalu lupakanMu.... 
Ampunkan aku ya Allah...!!!
Ampunkan aku...!!!
Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita.

Jawapannya Adalah ALLAH...

BUKTI JARINGAN MATRIKS_1:
” …bertebaranlah kamu di planet bumi,
dan carilah kurnia rezeki Allah,
dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya,
mudah-mudahan kamu menang.”
[Al-Quran]
[Surah Al-Jumu’ah]
[Ayat:10] 

Jadi carilah rezeki kita di mana-mana.
Di kilang,
di pejabat,
di warung,
di tapak-tapak binaan,
di ladang...di mana sahaja.
Bukan duduk di masjid mengharap rezeki jatuh ke riba...!!!
ALLAH PERINTAH KITA BERDOA,
TAPI ALLAH TAK SURUH KITA DUDUK DIAM DALAM MASJID. 
ALLAH PERINTAH KITA BERDOA,
DAN BERTEBARAN CARI REZEKI ALLAH DI PLANET BUMI,
AN BERSYUKUR KEPADA-NYA.

Malah jika kita bersyukur di Ramadhan Nan Mulia Ini,
Allah tambah lagi nikmat.
Kita bersyukur lagi...
Allah tambah lagi nikmat....
syukur lagi....
Allah tambah lagi nikmat...
tambah lagi nikmat....
tambah lagi...
tambah lagi...
dan lagi...
dan lagi...
dan lagi...
dan lagi...
dan lagi...
MASYA ALLAH...!!!

BUKTI JARINGAN MATRIKS_2:
Dan ketika Tuhan kamu memberitahu:
Demi sesungguhnya..!!!
Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan tambahi nikmat Ku kepada kamu,
dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar,
sesungguhnya azabKu amatlah keras...!!!
[Al-Quran]
[Surah Ibrahim]
[Ayat: 07] 

Namun hari ini ada orang bilang,
pejabat bagi rezeki padanya.
Ada orang kata sekolah bagi rezeki padanya.
Ada orang ingat kilang-kilang bagi rezeki padanya.
Restoran bagi rezeki pada dia.
Syarikat kapal bagi rezeki pada dia.

Ada satu orang fikir,
bos bagi dia makan.
Ada satu orang fikir kerajaan bagi dia makan.
Ada satu orang fikir raja bagi dia makan.
Sultan bagi dia rezeki.
Tuan Presiden bagi dia rezeki.

Sebab itu ada orang yang tinggalkan solat semata-mata nak kejar rezeki.
Sebab itu ada orang yang tidak puasa sebab nak kejar rezeki.
Sebab nak kejar habuan perut.
Biarlah aku tak solat sebab solat tak penting,
solat tak bagi aku duit,
solat tak bagi aku makan,
solat tak bagi aku kaya.
Kerja aku yang penting,
profesion aku yang penting sebab kerja bagi anak bini aku makan$,
kerja yang bagi aku kaya,
bisnes yang bagi aku jutawan.

Padahal maulana-maulana sekalian... 
Wahai sheikh-sheikh semua...
SIAPA YANG BAGI DIA MAKAN ?
SIAPA YANG BAGI DIA DUIT ?
SIAPA YANG BAGI DIA HIDUP SENANG?
SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA MAKAN ?
SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA BERTEDUH DAN TIDUR NYENYAK ?

Hari ini ada orang yang takutkan bos dia.
Takut bos dia marah sebab ambil masa nak solat zohor.
Solat zohor pun tak khusyuk sebab terbayang muka bos yang garang.
PADAHAL SIAPA YANG BAGI REZEKI KEPADA BOS DIA ?
SIAPA YANG BAGI BOS DIA MAKAN ?
Adakah sebab dia solat zohor,
maka rezeki dia jadi sedikit ?
Adakah sebab dia ingat Allah,
rezeki dia kena tahan ?
Allah kuat kah atau makhluk kuat ?
Allah lebih kuasakah atau makhluk lebih kuasa ?

Sistem Al-Masih Dajjal yang sedang bertebaran di planet ini...
Telah menyebabkan 1 bentuk minda akhir zaman berlaku...
Hari ini orang fikir kerja bagi dia makan...
Manusia yang bagi dia makan....
Sebab itu dia rela jadi HAMBA MANUSIA.
Rela jadi kuli dan pesuruh manusia.
PADAHAL MANUSIA YANG JADI TUAN DIA ITUPUN HAMBA JUGA.
Maka nya dia jadi hamba kepada hamba lain.

ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA HAMBA.
ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA RAJA.
Namun ada yang jadi hamba KEPADA RAJA SEGALA RAJA !!! 
Mana lebih tinggi darjatnya,
hamba kepada hamba ?
ATAU HAMBA RAJA?

Oleh itu wahai maulana-maulana sekalian...
Oleh itu wahai sheikh-sheikh sekalian... 
Ana mahu bertanya sekali lagi,
siapa yang bagi kita makan di bulan Ramadhan yang mulia ini ?
Siapa yang bagi kita hidup senang ?
Siapa yang bagi kita rezeki ?
Siapa yang bagi anak bini kita makan sampai kenyang ?
Siapa yang bagi anak kecil kita makan sampai tidur kekenyangan ?
Siapa bagi mereka berteduh dari panas hujan ?

Kitakah ? 
Bos kitakah ?
Tauke kah ? 
Guru besar kah ?
Ketua pejabat kah ?
Pegawai kah ?
Rajakah ?
Perdana Menteri kah ?
Presiden kah ?
Bush ?
Obama ?
Yahudi ?
Cina kaya ?
Melayu mewah ?
Orang putih ?
ahli korporat ?
cakap siapa ya maulana-maulana !!!
cakap siapa !!!

SIAPA YANG SUAPKAN REZEKINYA PADA MULUT KITA ?
MULUT KITA YANG BANYAK MENGUMPAT,
MENGUTUK,
MAKAN HAK ORANG,
BERDUSTA,
LAWAN MAK BAPAK,
LAWAN ALLAH....

Siapa yang bagi kita makan nasi...
sampai meleleh air liur kita lihat lauk ayam dan teh ais ?
Siapa bagi kita kenyang lepas makan nasi ?
Tidur nyenyak lepas kenyang sampai meleleh pula air liur basi kita. 
SIAPA TUAN-TUAN...?
SIAPA YA MAULANA....?  
CAKAP SEKARANG !!!
SIAPA ?
SIAPA BAGI KITA MAKAN ?
SIAPA BAGI KITA REZEKI ? 
S I A P A ?????

CHECK MATE:
JAWAPANNYA = ALLAH......