Wednesday 25 July 2012

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1)    Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)
2)    Bulan penuh keberatan
3)    Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4)    Amal sunat sama dengan solat fardhu
5)    Manakala solat fardhu mendapat 70 kali lipat ganda
6)    Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7)    Bulan menambah rezeki
8)    Memberi buka puasa banyak pahala
9)    Bulan ampunan – doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.
10)  10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan, 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Kerugian Meninggalkan Puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Antara hikmah dan faedah puasa

i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.  
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub   kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin. 
Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.
Sayid Qutub berkata:  Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjungperintah Allah s.w.t   dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa
di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang akan menjelang tiba. AMIN

Rasulullah s.a.w bersabda.

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribubulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yangbanyak.

Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.